DAFTAR SEGERA!!!
Monday, 18 November 2013
Wednesday, 13 November 2013
KURSUS BACAAN PELAN & ANGGARAN KOS
Anjuran Pusat Latihan Kemahiran Semangat Warisan dengan
kerjasama CIDB
UNTUK KONTRAKTOR YANG BERMINAT DAN INDIVIDU YANG INGIN MELIBATKAN DIRI DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
Tarikh : 07/12/2013- 08/12/2013
Tempat : Pusat Latihan Kemahiran Semangat Warisan Teluk Intan
Peserta : 20 orang
Yuran : RM350.00
DAFTAR SEGERA!!!
UNTUK KONTRAKTOR YANG BERMINAT DAN INDIVIDU YANG INGIN MELIBATKAN DIRI DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
Tarikh : 07/12/2013- 08/12/2013
Tempat : Pusat Latihan Kemahiran Semangat Warisan Teluk Intan
Peserta : 20 orang
Yuran : RM350.00
Tarikh Tutup Permohonan : 02/12/2013
*Mata CCD – 20 points*
*Sarapan pagi, makan tengah hari dan
minum petang disediakan.
JIka berminat sila hubungi:
En. Zahari / En. Syahir (Tel/Faks :
05-6215967)
En. Zul (012-5147100/013-5146555)
Email: semangatwarisan@yahoo.com
atau komen di FB Pusat Latihan Kemahiran Semangat Warisan.
DAFTAR SEGERA!!!
Sunday, 10 November 2013
Friday, 8 November 2013
INFO PENTING!!!
Di sini pihak admin ingin memberikan serba sedikit penjelasan berkaitan kursus-kursus CIDB yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Kemahiran Semangat Warisan Teluk Intan. Antara kursus-kursus yang ditawarkan di sini adalah seperti berikut:-
1. Kursus Kemahiran Belia
Kursus ini dikhususkan untuk belia-belia tidak kira lelaki dan perempuan daripada semua kaum di Malaysia yang berumur antara 18-35 tahun.Memiliki sekurang-kurangnya SPM, sihat tubuh badan dan berminat sepenuhnya untuk mengikuti kursus dalam bidang kemahiran. Sehingga setakat ini, pihak CIDB masih menaja sepenuhnya program ini dan pelatih-pelatih akan diberi kemudahan seperti elaun bulanan, baju, kasut keselamatan, kad hijau dan lain-lain lagi. Pelatih yang lulus ujian akhir akan diberikan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) daripada CIDB yang membawa kepada penarafan sebagai Pekerja Mahir Binaan. Di Pusat Latihan Kemahiran Semangat Warisan Teluk Intan terdapat dua Program Kemahiran Belia yang ditauliahkan iaitu Kursus Pemasangan Pendawaian Bangunan ( Building Wiring Installation BWI1) selama 3 bulan dan Kursus Pemasangan Pendingin Udara dan Pengudaraan Mekanikal ( Air Conditiong and Mechanical Ventilation ACV2) selama 4 bulan.
2. Kursus Personel Binaan
Kursus yang berlangsung selama 5 hari ini dikhususkan bagi individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang kemahiran tertentu tetapi masih belum mendapat pengiktirafan sebagai Pekerja Mahir Binaan. Kursus ini ditaja sepenuhnya oleh CIDB bagi peserta yang berumur antara 19-55 tahun, mempunyai kad hijau yang masih sah laku, berpengalaman sekurang-kurangnya 6 bulan dalam bidang yang dipohon dan tidak pernah mengikuti kursus tajaan CIDB dalam tempoh 6 bulan sebelumnya. Peserta akan memperoleh elaun saku sebanyak RM20 sehari sepanjang tempoh berkursus. Sekiranya peserta berjaya melepasi ujian yang dilakukan, peserta layak menerima Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dan memperoleh mata CCD sebanyak 40 points. Mata CCD ini diperlukan untuk tujuan pendaftaran dan pembaharuan lesen kontraktror dengan CIDB. Terdapat pelbagai jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak CIDB seperti dalam pautan yang diberikan. Had maksimum bagi satu sesi kursus ialah seramai 20 orang. Namun begitu, Pusat Latihan Kehamiran Semangat Warisan hanya akan menjalankan kursus sekiranya bilangan peserta adalah mencukupi iaitu minimum seramai 15 orang dan kursus yang ingin diadakan mestilah bersesuaian dengan lokasi dan kemampuan pihak penganjur.
https://www.cidb.gov.my/cidbweb/images/training/SenaraiTredBelia&Personel2011.pdf
3. Kursus Customize
Kursus ini tidak ditaja oleh CIDB dan peserta harus membiayai sendiri untuk mengikuti kursus ini. Pemohon haruslah mempunyai kad hijau yang masih sah laku. Peserta boleh mengikuti Kursus Customize pada bila-bila masa dan tidak perlu menunggu tempoh 6 bulan untuk kursus seterusnya seperti syarat yang dikenakan untuk Kursus Personel Binaan. Setelah selesai kursus, peserta akan diberikan sijil oleh Pusat Latihan Kemahiran Semangat Warisan dan sijil berkenaan adalah layak untuk digunapakai bagi tujuan penebusan mata CCD. Yuran dan Mata CCD yang diperoleh adalah bergantung kepada kursus yang dijalankan. Kebiasaannya, Kursus Customize dijalankan selama dua hari untuk mendapatkan 20 mata CCD dan yuran yang dikenakan adalah antaran RM250 - RM350.
4. Ujian Akreditasi Pekerja Mahir Binaan
Ujian ini diadakan selama 1 hari untuk pekerja yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang yang dipohon. Pemohon hanya perlu melepasi ujian yang diadakan untuk mendapat Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK). Ujian ini terbuka kepada pekerja tempatan dan asing. Tiada yuran dikenakan untuk pekerja tempatan manakala yuran untuk pekerja asing adalah sebanyak RM20. Syarat utama untuk menduduki ujian ini ialah pemohon haruslah memiliki kad hijau yang masih sah laku. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui pautan berikut:-
http://abmutara.files.wordpress.com/2010/01/maklumat-akreditasi.pdf
5. Kursus Induksi Keselamatan dan Kesehitan Bagi Pekerja Binaan (Kursus Kad Hijau)
Kursus Kad Hijau CIDB ini bertujuan memberi pendedahan kepada pekerja binaan berkaitan keselamatan dan kesihatan semasa berada di tempat kerja. Kursus ini diadakan selama 1 hari. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM80 (RM50 untuk Kad Hijau 2 tahun dan RM30 untuk pengurusan) bagi yang berurusan sepenuhnya dengan pihak kami. Bagi individu yang menguruskan pendaftaran dan pengambilan kad secara sendiri, bolehlah membuat pembayaran terus kepada pihak CIDB. Pusat Latihan Kemahiran Semangat Warisan hanya akan menganjurkan kursus ini sekiranya peserta mencukupi iaitu minimum seramai 25 orang. Had maksima untuk satu kursus ialah 40 orang sahaja.
Setakat itu sahaja dahulu sedikit penjelasan berkaitan kursus-kursus yang dijalankan oleh Pusat Latihan Kemahiran Samangat Warisan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen, bolehlah mengemukannya di pages ini. Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)