Pengenalan
Pusat Latihan Kemahiran Semangat
Warisan adalah satu pusat latihan bertauliah CIDB yang beroperasi
membekalkan tenaga pengajar dan mengendalikan program latihan kemahiran
industri pembinaan seperti kursus pemasangan pendawaian bangunan, pemasangan
pendingin udara, landskap, sistem binaan berindustri dan sebagainya.
Visi,
Misi dan Objektif
Visi :
Menjadi sebuah pusat latihan
kemahiran yang berupaya membentuk anak-anak Malaysia menjadi satu bangsa yang
berkemahiran dan berdaya saing dalam era globalisasi.
Misi :
Melahirkan anak tempatan yang
berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang bagi menyumbang ke arah pembangunan
negara khususnya dalam industri pembinaan dan perkilangan.
Objektif :
1.Memberi peluang kepada golongan
belia untuk melanjutkan pengajian selepas tamat persekolahan.
2.Menjana tenaga kerja dan majikan
yang berkemahiran dalam sektor pembinaan supaya kualiti industri pembinaan
negara meningkat ke arah yang lebih baik.Mendedahkan kepada individu tentang
kepentingan keselamatan dan kemahiran sewaktu menjalankan tugas di tempat
kerja.
3.Mewujudkan kerjasama dalam
melahirkan masyarakat yang harmoni untuk merealisikan matlamat 1Malaysia.
4.Memupuk kerajinan dan melahirkan
budaya kerja yang positif di kalangan masyarakat Malaysia.
5.Membentuk pekerja-pekerja
supaya berkeyakinan tinggi dan lebih berdaya saing di dalam usaha
mencapai kemajuan negara.
Bidang
Tugas
1.Menyediakan pusat latihan untuk
belia-belia sebagai satu platform bagi menambahkan kemahiran dalam bidang
elektrik dan pendingin hawa.
2.Menganjurkan kursus-kursus
personel binaan di bawah program Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
(CIDB) untuk kontraktor-kontraktor dan pekerja-pekerja binaan.
3. Menguruskan program kursus kad
hijau (GREEN CARD).
4.Menjalankan kursus-kursus dalam
bidang pembinaan seperti lanskap, sistem binaan berindustri (IBS),
penyelenggaraan bangunan dan sebagainya kepada komuniti tempatan di bawah
program yang ditaja oleh badan-badan berkaitan seperti Kolej Komuniti,
PERHEBAT, MARA dan lain-lain lagi.
5.Memberi khidmat nasihat dan
informasi kepada individu-individu yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus
yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment